jqk bet

Sukan bola keranjang sering dipandang sepi, filem ‘Padu’ angkat perjuangan wirawati harumkan nama negara

Pertemuan bersama pemain profesional membantu pelakon lebih menghayati watak.

SUKAN bola keranjang yang jarang menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pencetus idea kepada pengarah Faisal Ishak untuk menghasilkan filem berjudul Padu yang mulaꦬ ditayangkan sejak Khamis lalu.

Menurut Faizal, kejayaan bola keranjang wanita dalam mengejar emas pada peringkat antarabangsa sering kali dipandang sepi sedangkan ia sepatutnya menjadi kebanggaan buat masyarakat Malaysia.
"Tidak ramai yang tahu pasukan bola keranjang wanita negara sudah meraih banyak pingat emas pada peringkat antarabangsa. Jadi, kami memilih mengangkat cerita ini kerana mereka sudah buat yang terbaik untuk negara.

DSC07925

Filem Padu buat penonton rasa sebak dan bersemangat.

"Filem ini juga bertujuan memberi inspirasi kepada ramai anak muda, terutama wanita di luar sana. Walaupun berhijab, mereka boleh bersukan dan mengharumkan nama negara," katanya. Dalam pada itu, Faizal memberitahu filem berkenaan mengangkat kisah sebenar pemain bola keranjang wanita yang boleh dianggap sebagai dokumentari bagi sukan berkenaan. Bagaimanapun, untuk menjadikan Padu lebih menarik dia juga menyelitkan beberapa karakter fiksyen agar karya ini dapat menyentuh hati penonton. "Memang agak sukar kerana kami harus mengikut acara sebenar yang berlaku bermula Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia sehinggalah Sukan SEA 2015 di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: F🌼ify Azmi lembut orangnya, cuma terbawa-bawa watak tomboi

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari kena marah d🌸engan Erma Fatima, Lim Mei Fen kini fasih b⭕erbahasa Melayu

"Malah kami memasukkan peristiwa penting yang berlaku dalam dunia bola keranjang antarabangsa seperti penarikan larangan hijab semasa permainan yang diilhamkan oleh Pasukan Wanita Qatar di Sukan Asia 2014. "Tapi, untuk memperkemaskan lagi jalan cerita, kami memperkenalkan lagi beberapa watak fiksyen yang sesuai dengan keadaan ketika itu," katanya lagi. Lebih menarik lagi, setiap pelakon di dalam filem ini juga mendapat latihan daripada pemain profesional. Padu dibintangi Fify Azmi membawa watak sebagai Kapten Izzati, Jojo Goh (Naib Kapten Mulan), Thanuja Ananthan (Center Kalai) dan Lim Mei Fan (Jurulatih Yoong).

Apa yang digambarkan dalam filem Padu ini adalah kisah benar.

NUR IZZATI YAACOB

KAPTEN PASUKAN BOLA KERANJANG WANITA

"Kami juga melihat fizikal para pelakon agar terlihat sama seperti pemain sebenar malah sebelum penggambaran pelakon dan pemain juga berpeluang untuk bertemu. "Mereka juga memerlukan masa kira-kira tiga bulan untuk berlatih dengan pemain profesional," katanya lagi. Sementara itu, kapten pasukan bola keranjang wanita negara, Nur Izzati Yaacob turut meluahkan rasa tersentuh apabila perjuangannya bersama rakan sepasukan diangkat menjadi sebuah filem. Dia juga memuji lakonan Fify yang dilihat berjaya menjayakan wataknya dengan begitu baik.

DSC07605

Latihan bersama pemain profesional beri impak dalam lakonan.

"Fify berlakon dengan sangat bagus dan saya tersentuh dengan kisah dibawakan dalam filem ini. Apa yang digambarkan dalam filem Padu ini adalah kisah benar. "Saya tersentuh hati kerana perjalanan bersama rakan untuk mengharumkan nama negara menerusi sukan bola keranjang wanita dapat ditunjukkan kepada masyarakat," luahnya. Padu mengisahkan peristiwa benar daripada pengalaman empat wira utama dan penting untuk pasukan bola keranjang negara. Pemilihan tajuk Padu melambangkan perpaduan dan semangat yang dibawa oleh pemain negara demi mencapai kemenangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di , dan

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan jqk bet:terma dan syarat yang ditetapkan.

{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{slot asia bet}|{jqk bet}|