jqk bet

Bagi ruang peribadi, Gambit Saifullah berehat panjang selepas selesai penggambaran

Gambit tidak kisah mengambil masa berehat dengan lama sebelum mula berlakon semula.

JARANG muncul di skrin televisyen, pelakon Gambit Saifullah berkata dia meletakkan waktu untuk berehat selepas menyelesaikan sesuatu penggamb𒀰ara🤡n drama.

Kata Gambit atau Mohd Saifullah Rosli, 39, ini kerana dia mempunyai kehidupan sendiri dan perlu mengambil masa rehat yang panjang sebelum menerima tawaran baharu.
"Kadang-kadang saya lihat juga rentak diri saya, kadang-kadang berlakon dua tahun kemudian cuti setahun. Berlakon setahun, bercuti pula sebulan. "Saya memang seperti itu memberikan ruang untuk diri kerana saya mempunyai kehidupan saya sendiri.

gambit2 - 1

Gambit mahu memberi waktu untuk diri sendiri.

"Bukan hanya sebab untuk menjaga nilai ekslusiviti sahaja, bagi saya seorang pelakon perlu ada masa untuk cas semula (recharge) tenaga mereka," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Gambit memberitahu dia bersyukur kerana meskipun wajahnya jarang muncul di skrin televisyen, namun setiap naskah yang dihasilkan pasti akan mendapat sambutan baik daripada penonton. Kata pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini lagi, dia lebih selesa untuk tidak menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai seorang selebriti. "Kita perlu melihat tujuan hidup masing-masing, bagaimana seseorang itu mengukur tahap kejayaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup hanya dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’, Gambit Saifullah tolak banyak watak lelaki songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berbalah 'fatwa' gara-garaꦆ katak, Gambit Saifullah kongsi pengalaman..."Rasa seperti ikan atau mungkin ayam"

"Saya tidak nafikan kehidupan sebagai seorang artis ini menarik tetapi saya bukan orang yang begitu. Saya mempunyai kehidupan sendiri. "Saya kena bersyukur dengan tawaran yang sering saya terima kerana selalunya apabila saya bercuti dan kembali bekerja semula, selalunya naskah yang saya buat itu berjaya menarik perhatian penonton," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Gambit memberitahu dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Pinjaman Syurga yang akan disiarkan di televisyen pada Oktober ini. Menerusi drama berkenaan, Gambit digandingkan bersama pelakon Fizo Omar yang memegang watak sebagai seorang lelaki autisme.

gambit1 - 1

Gambit tidak terburu-buru untuk menerima tawaran berlakon.

Kata Gambit, sekiranya diberi pilihan, dia tidak keberatan untuk membawakan watak autisme kerana gemar memberikan cabaran dalam setiap lakonannya. "Saya memang minat membawa watak-watak berbeza seperti seorang yang cacat penglihatan atau bisu. Susah memang susah tetapi ia sangat sujektif. "Untuk seorang yang normal mungkin mereka merasakan sukar untuk membawakan watak-watak seperti itu tetapi saya lebih suka kerana ia memberi cabaran dalam lakonan saya. "Daripada dulu lagi saya tidak suka perkara yang tipikal kerana bagi saya penting untuk mendidik penonton dan itulah tugas serta kepuasan sebenar bagi seorang pelakon," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{slot asia bet}|{jqk bet}|