jqk bet

Alami pendarahan teruk semasa ASGV, Azharina Azhar kongsi masalah kesihatannya... Doktor nasihat perlu jalani kimoterapi

Azharina akhirnya terbuka berkongsi masalah kesihatan.

SELEPAS beberapa bulan mengunci mulut, penyanyi Azharin෴a Azhar akhirnya membuka cerita tentang masalah kesihatan yang dialaminya.

Walaupun tidak mendedahkan secara khusus, Azharina, 39, memberitahu doktor yang merawatnya ada menasihatkan agar dia menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi.
Menurut Azharina, dia dimaklumkan tentang perkara itu ketika dia sedang bertanding dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada September tahun lalu.

azharina 2

Azharina tidak dapat menahan air mata berkongsi masalah kesihatan.

"Sebelum ASGV bermula pada September saya ada buat pemeriksaan dan keputusan semua okay, cuma bacaan untuk kanser sangat tinggi. "Doktor nasihatkan saya melakukan ujian MRI (proses pengimejan resonans) tapi saya minta tangguh sebab tak mahu ada apa-apa menganggu, saya minta tangguh untuk buat pemeriksaan selepas ASGV tamat. "Sekitar November saya ada buat pemeriksaan dan keputusan ada yang tidak baik. Saya perlu melakukan X-ray dan beberapa ujian kesihatan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak sihat tapi rupanya Azharina sedang derita penyakit bahaya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

"Doktor juga ada beritahu sama ada saya perlu menjalani pembedahan atau kimoterapi," katanya. Azharina mendedahkan perkara tersebut ketika muncul dalam program No Filter bersama pengacara Elly Mazlein. Dalam pada itu, Azharina juga mendedahkan dia juga menderita penyakit diabetes selepas mengalami beberap simptom seperti sentiasa berasa dahaga selain kerap membuang air kecil.

Orang melihat saya menyanyi di ASGV hanya tiga minit namun mereka tidak tahu saya bekerja selama 12 ke 15 jam sehari

AZHARINA AZHAR

PENYANYI

Kata penyanyi lagu Elergi Sepi ini, dia mula merasakan ada sesuatu💟 tidak kena ketika berada di Australia dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan berjumpa doktor pakar s🌃ebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.

"Ketika sedang bertanding di ASGV saya tak mahu bercerita tentang semua perkara ini sebab merasakan ia bukan waktu dan masa sesuai untuk dikongsikan. "Jujurnya saya mula didiagnos dengan penyakit kencing manis ketika berada di Australia. Saya pergi berjumpa doktor pakar untuk menjalani pemeriksaan sebab selalu berasa dahaga dan kerap membuang air kecil," jelasnya.

azharina 3

Azharina sebelum ini merahsiakan tentang masalah kesihatan.

Bercerita lanjut mengenai kesihatannya, Azharina tidak menafikan ia memberi kesan bukan sahaja ketika bertanding di ASGV tetapi aktiviti sehariannya. Dedahnya, keadaan kesihatannya ketika bertanding berada dalam keadaan tidak baik malah pernah mengalami pendarahan bermula minggu keenam pertandingan. "Orang melihat saya menyanyi di ASGV hanya tiga minit namun mereka tidak tahu saya bekerja selama 12 ke 15 jam sehari. "Saya ada syarikat hendak diuruskan. Dua anak untuk dijaga dan badan saya sangat penat! "Ketika dalam program itu keadaan saya teruk dan tak boleh nak 'catch up' dan mula mengalami pendarahan sejak minggu keenam sehingga final. Saya terpaksa mengambil drip setiap minggu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di dan

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{jqk bet}|{slot asia bet}|{jqk bet}|